PRAXIS – Cerpen Faisal Tehrani Tentang DJSSASD

PRAXIS

OLEH FAISAL TEHRANI
ROBANI datang awal dari biasa.
Enta sedang menatap buku Sinkretisme Jawa-Islam oleh Suripan Sadi Hutomo. Dia, Robani duduk bersila di hadapan enta. Matanya bercahaya, dia sedikit berkerut kemudian dengan senyum lazim bertanya, “Ada banyak sejarah yang boleh abang nukilkan. Tetapi kenapa sejarah kemangkatan Sultan Alauddin yang abang bangkitkan?”

Auditorium Jabatan Pengajian Media tempat berkampung untuk latihan teater Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun masih lengang. Emad yang berjanji untuk tiba awal juga masih terperangkap dalam kemacetan lalu lintas di Jalan Ipoh. Robani yang akan melakonkan watak Sultan Alauddin wajar memahami teks drama sefaham-fahamnya. Enta harus berjujur menghuraikan supaya dia dapat memahami watak yang diperankan. Enta tidak dapat lagi memperlekehkan Robani, kerana ternyata dia cerdas juga. Setiap hari dia menggali makna baharu.

Enta menggetap bibir, menggenyeh hidung, dan kemudian membalas senyuman penuh makna. Enta menimbang-nimbang jawapan yang munasabah. Dalam benak enta ada hujah-hujah Umar Junus dalam buku karangannya; Fiksyen dan Sejarah Suatu Dialog, bahawa sejarah yang sering diungkap di dalam fiksyen ialah sejarah berhubung dengan perebutan kekuasaan, siapa memerintah pada satu-satu masa, dan bagaimana pula corak pemerintahannya. Ini bererti, pengarang yang menggunakan bahan sejarah dalam drama politik cenderung menfiksikan sejarah politik bangsa, dan negara mereka. Enta juga tahu Umar Junus menggariskan tiga strategi dalam menfiksyenkan sejarah, jadi enta bersuara, menjawab dengan yakin, “Ada tiga strategi dalam menulis sejarah. Pertama, menukar nama tokoh dan peristiwa sejarah dengan nama dan peristiwa lain. Ini bermakna, individu sebenar, dan penting dalam mencorak sejarah ditukar. Nama dan peristiwa yang berlaku diubah, ini bertujuan supaya tidak terlalu kelihatan merujuk kepada tokoh dan kejadian yang dimaksudkan. Ini terpancar pada lapis pertama teks.”

Robani mengangguk. Tanda memahami. Enta menyambung lagi, “Strategi kedua ialah menceritakan sesuatu secara fiktif. Dalam hal ini, pengarang menggambarkan peristiwa sejarah secara fiktif tetapi tidak lari daripada apa yang dimaklumi dalam sejarah. Keperibadian Sultan Alauddin misalnya diketahui umum. Kerakusan golongan Melayu-Tamil juga diketahui umum. Tokoh dan peristiwa tidak diubah, cuma diceritakan semula berdasar imaginasi novelis. Pengarang mungkin menggambarkan perasaan tokoh sejarah itu misalnya. Ini saya perlihatkan pada babak akhir drama ini nanti.”

Enta menelan liur, memandang Robani semacam ingin merasa detak hatinya; samada ia mengerti atau melencong.

Robani tersenyum lagi.

“Strategi ketiga, memasukkan tokoh fiktif ke dalam sejarah. Menerusi strategi ini, watak yang diwujudkan oleh pengarang berinteraksi dengan watak yang benar-benar wujud dalam sejarah lalu digambarkan mempunyai hubungan demi menggambarkan sejarah yang sebenar.”

Robani mencapai sebatang rokok Marlboro. Enta bingkas, gesit merampas rokok yang hampir terkepit di celah ulas bibir. “Eh Amerika, jangan merokok dengan saya.”

Robani tergamam, dan tersengih. Matanya bulat tanda bosan, tetapi benaknya mungkin ligat mencerna kata-kata enta sebentar tadi. Enta menyandar pada kerusi. Robani mengerlipkan mata. Enta ingin memahamkan protagonis drama ini bahawa bahan sejarah tidak dimuatkan begitu sahaja dalam sesebuah drama tanpa dipersoalkan kembali. Enta teringat Shahnon Ahmad dalam membincangkan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi di Dewan Sastera Oktober 1997 pernah menyebut yang fiksi sejarah “bukan hanya merakam fakta-fakta sejarah yang diperoleh dari kajian tanpa mempersoal dan menilaikan kembali sejarah itu saja. Ia lebih rumit dan lebih canggih dari itu lagi.”

Sejarah politik

Ini bermakna kehadiran unsur sejarah, di sini sejarah politik, perlu ditanyakan semula dengan menilai, menafsir dan jika perlu merombaknya kembali. Dramatis wajar menyarankan sesuatu dari peristiwa sejarah itu, iaitu bagaimana manusia atau watak terbentuk dari peristiwa yang ada; apakah pengajaran untuk manusia yang boleh didapati dari sejarah tersebut, dan bagaimana kemanusiaan tetap menjadi keutamaan ketika menulis sejarah dalam fiksyen.

Dalam hal ini enta tahu, enta menyuguhkan sejarah pembunuhan Sultan Alauddin Riayat Syah kerana ingin menyedarkan khalayak bahawa kuasa politik liberal, seliberal Tun Senaja yang berkonspirasi bersama Dato Temenggung Sri Maharaja telah membawa kepada Sultan Mahmud naik takhta. Sultan Mahmud tidak dapat diperkirakan lagi adalah suara liberal-pragmatik yang membuka pasar Melaka seluas-luasnya sehingga memberi jalan kemasukan Ruy de Araujo yang kelak membawa kepada penjajahan Portugis. Tentu, enta mahu supaya penonton menangkap makna bahawa politikus dan tokoh yang berpura-pura alim serta ingin menegakkan masyarakat madani dapat sahaja menjadi seekor haiwan rakus yang buas seperti Tun Senaja. Itu terpancar tatkala Tun Senaja meracun baginda sultan yang terlihat ikhlas ingin menegakkan agama di Melaka dan empayarnya. Musuh gerakan Islam dapat berada sangat hampir, malah sebantal.

Fikiran enta melayang sejenak.

“Tapi kata abang tadi drama ini ada tiga lapis, ada subteks. Ia disembunyikan di sana sini? Apa yang perlu kami fahami sebagai pelakon, sebagai pelaku, sebagai pembawa mesej drama…” Robani semacam mencabar enta. Selaku pengarang teks memang enta mesti menjelaskan kepadanya. Memang dia perlu tahu.

Enta menghela nafas. Mendekati Robani. “Dalam drama kita namakan ia pendekatan praxis. Ia dikemukakan awalnya oleh filsuf Jerman, Ludwig Wittgenstein dalam Remarks on Colour. Menurut beliau yang dimaksudkan dengan pendekatan ini ialah practices which give words their meaning. Menerusi pendekatan praxis seseorang dramaturgis dapat melihat sekurang-kurangnya tiga kemungkinan makna yang terpapar pada naratif mahupun bentuk persembahan sesuatu pementasan. Tiga aspek tersebut ialah pertama, penggalian idea yang menghantar makna. Makna dihantar dengan perkataan. Pendekatan praxis membolehkan dramaturgis menilai apa yang tersembunyi di sebalik dialog dan naratif, malah makna di sebalik warna busana, topeng, lagu dan aksi pelakon.”

Enta menimbang kata. Enta sedar yang David Birch dalam The Language of Drama misalnya mengatakan, pendekatan praxis akan membolehkan pengkritik mendekati sesuatu persembahan bila apa yang tidak diucapkan langsung oleh karakter menjadi satu mesej yang lantang, not on something that has actually been said, but on something that remains unsaid.

Robani kelihatan mendengar dengan penuh minat. “Drama ini sangat kritikal bang. Kita mengkritik amalan politik mutakhir ini, kita sifatkan mereka macam kawanan anjing menghurung bangkai.”

Enta ketawa. Lucu mendengar analogi sebernas itu daripada Robani. “Betul. Praxis adalah satu kegiatan manusia untuk berdepan dengan penindasan secara institusi dan peminggiran (entfremdung), justeru ia harus menjadi sebuah medan radikal dan berkesan untuk menarik perhatian semula massa terhadap makna yang ingin disampaikan. Dalam hal ini, pementasan kita menjadi medan kritis. Kita orang biasa sudah tertindas dengan tingkah laku politikus durian yang menggelek kita sebagai timun.”

Robani mengangguk. Semacam puas.

Yang enta tidak maklumkan pendekatan praxis juga dapat digunakan untuk menilai bukan sahaja makna pada kata-kata, tetapi makna menerusi pakaian, simbol, warna busana dan props, ekspresi wajah, kualiti suara, nada nyanyian, rentak muzik dan tempat persembahan iaitu tempat yang bukan dikaitkan dengan seni eksklusif.

Pengurus pentas, Diwan, muncul entah dari mana. Nyata Diwan sudah hadir agak lama dan memasang telinga. Mungkin Diwan duduk di belakang auditorium dan menghadam perbincangan dalam senyap.

“Praxis dan politik?” Tanya Diwan, menuruni tangga dewan kuliah utama dan menghampiri.

Robani menyahut, “Heh kau menghendap ya?”

Enta memandang mata merah Diwan, semacam tidak cukup tidur. Kemudian enta juga menyambut, “Ya ini praxis dan politik.”

Enta memanggil semula inti kajian Aryeh Botwinick dalam Skepticism and Political Participation yang menyebutkan bahawa praxis dapat juga digunakan dalam politik. Ia digunakan oleh ahli politik licik untuk menelan ahli politik yang lecak.

Justeru, praxis dimanfaatkan untuk kebaikan, juga untuk keburukan.

Asal politik itu jalan yang lurus, dengan praxis ia menjadi jalan yang bersimpang siur dan bengkok di sana sini penuh liku. Kita sebagai pengekor boleh sahaja kesasar ke kafilah yang salah lalu masuk jalan yang tidak lagi lurus.

Enta mengiyakan Diwan, menyuarakan, “Sungguh, praxis adalah satu pendekatan seni. Dan jangan lupa, politik itu jugakan seni. Ia seni serba mungkin. Seni yang memungkinkan etika menjadi budu Kelantan. Seni yang memungkinkan noda menjadi sesuatu yang suci. Sebagai contoh seni yang memungkinkan orang melompat parti, lantas diberi alasan moral yang kuat untuk itu.”

Diwan meletakkan beberapa props yang bakal digunakan. Robani yang merasakan sudah dapat memanfaatkan perbincangan keluar dewan untuk merokok. Tinggal enta dan Diwan merenung-renung praxis dan politik. Enta melanjutkan, “Ahli teori tradisi praxis seperti James Farganis, menekankan how humans are versatile in different situations, and how humans can change forms of action quickly and unpredictably. Justeru, kata Farganis dalam Readings in Social Theory: The Classic Tradition to Post-Modernism, tidak syak lagi ada individu yang dapat menyembunyikan kepentingan diri dengan alasan kepentingan besar (seperti kononnya melakukan sesuatu untuk negara dan kelompok marhaen) kerana praxis mengajarkan calculating and orienting action dapat dijadikan agenda own self-interest who seem to be the least human. Apa yang menyebabkan rakyat bawahan begitu resah dan terganggu sangat relevan dengan bentuk pendekatan praxis dalam drama. Itulah yang dipinjam oleh iklim politik sekarang. Ada body gesture, ada permainan helah, ada sub-teks, dan kata-kata ucapan yang tidak boleh dipercayai. Ada pujuk, hasut dan nasihat yang menyalakan api sehingga rakyat hilang tumpuan dan terlupa ada musuh sedang meliwat dari belakang.”

Diwan diam. Agaknya dalam benak bergemaan ‘praxis juga digunakan oleh ahli politik licik untuk menelan ahli politik yang lecak.’

Enta membalas renungan Diwan, seorang pelajar pengajian antarabangsa, maka wajar enta menjaring minatnya dengan isu global juga. Enta bersuara, “Dalam konteks internasional lihat sahaja permainan Zionis Israel yang berpura-pura mereka menjadi mangsa, sambil menyalahkan Hamas ketika membantai orang awam Palestin pada Muharam lalu. Ini semua pementasan, dengan pendekatan praxis pemainnya termasuk Amerika selaku syaitan besar.”

Diwan tiba-tiba bersemangat, “Jumaat depan ada demo bang, bawa kasut dan selipar terpakai; dan kita lontarkan macam orang pergi melempar syaitan di jamarat.”

Diam semua. Hanya penghawa dingin menderu. Sesekali batuk Robani di luar menyelinap.

Enta mengeluh, lebih bersuara untuk diri sendiri, “Sejarah, kalau kita cuai dengan sejarah kita ditipu pendekatan musuh begini. Melihat semula sejarah Islam, kalaulah Gaza itu Karbala; andaikan Zionis dan Amerika itu tukang sembelih Saidina Husin, Mesir itulah ahli Kufah yang bersekongkol dengan musuh dalam membantai manusia tidak berdaya. Terlalu ramai bermuka-muka. Di sini pun ada talam seribu muka. Orang lupa kepada Annapolis Summit. Itu kerja setan besar untuk mengerat Palestina. Heh, ada dalam kalangan kita yang menyetujuinya. Jangan tak tahu, ada pemain politik praxis tempatan yang menyokong pelan two state solution untuk memecah perintah Palestin. Tapi bila ditanyai kawan dari parti Islam, dia menafikan. Kaki kencing! Depan lain belakang buat lain. Itu praxis. Dengan praxis dia memutar belit fakta konon dialah mangsa, dan menyamakan dirinya sebagai Hamas yang diasak Zionis.”

Diwan menambah, “Kena kencing kerana tak tahu jalan yang mana lurus bang.”

Enta angguk. Sebagai seniman melihat masyarakat ditipu tokoh politik praxis bermuka-muka, amat merunsingkan enta.

Bangun melawan

“Kalaulah Gaza itu Karbala, tentu orang Palestin itu bangun melawan. Tak melawan pun kelak mati dibom, lebih baik mati melawan. Apa yang orang Palestina tunggu?” Diwan menceceh.

Enta menatap mata Diwan. Matanya cantik. “Seperti kata saya kepada Robani sebelum ketibaan Wan, sejarah harus dipersoal kembali. Mungkin sejarah Islam kita kutip hari ini adalah versi propaganda. Kalau mereka fahami makna asyura tentu mereka bangkit dan tidak membiarkan Hamas dan Hezbullah saja.”

Imej anak-anak Gaza mati tersepit di celah runtuhan bangunan dibom Israel menyucuk retina mata.

“Jadi, bang ke mana hala kita?” Diwan mahu memecah kebuntuan.

Dari sejarah, dari praxis, kini wacana mereka merebak-biak. Dalam benak mengulang ayat al-Quran ‘ihdina shiratal mustaqim’, satu doa Ya Ilahi tunjukkan jalan yang lurus. Di mana jalan lurus? Apa jalan lurus itu? Supaya ditipu berkali-kali oleh pementasan manusia batil pencinta dunia. Duhai, tidakkah tahu makna jalan lurus tersebut terpendam jawapannya saat kita melafazkan selawat ‘Allahhuma sholli ala Muhammad wa ali Muhammad’ iaitu Allah berselawat ke atas Muhammad dan ahli keluarga Muhammad. Hayati makna selawat dalam solat. Mengapakah kita masih mengetuk pintu yang salah dalam mencari jalan lurus sedang jawapannya sudah ada iaitu jalan Muhammad dan ahli keluarganya. Ribuan tahun muslimin dipesongkan praxis gagal menemui makna.

Enta ingin menjelaskan begitu kepada Diwan, tetapi menelan fikiran tersebut sebaliknya bersuara, “Kerana itulah kita pentaskan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Mengajak orang merenung sejarah. Betapa ia dapat dicabuli fiksi. Atau sejarah itu sendiri menjadi fiksi. Politik tersembunyi sedang memperkosa kita orang biasa. Bukan sejarah Melayu di Melaka sahaja disembunyi, tetapi sejarah kita umat Islam juga.” Enta kelelahan.

Diwan menarik nafas berat. “Macam Da Vinci Code. Perlumbaan membongkar makna…”.

Emad tiba. Dr Abu Hassan Hasbullah, pengarah pementasan juga tiba. Latihan akan bermula. Robani kembali.

Praxis politik penuh helah sudah bermula lama. Renung sahaja sejarah Karbala persamaannya dengan peristiwa semasa di Palestin, dan iklim siasah tanah air. Tiba-tiba semua itu bergomol ribut. Politikus munafik sedang bermaharajalela, dan betapa ramai yang terhijab tidak nampak.

Jalan lurus. Dapatkah kita orang kecil sebagai penonton menangkap makna. Sehingga menjadi jelas jalan yang mana lurus, dan jalan yang mana adalah bersalut kemunafikan.

Memanfaat atau ditipu pendekatan praxis kita ini?

Blogged with the Flock Browser

Ulasan Aziz Ittar Utusan Malaysia 6 Oktober 2008

Sindiran semasa di sebalik tragedi Sultan

LAKONAN Rudy Bluehikari (kiri) dan Robani Hassan cukup berkesan dalam mencetuskan kritikan terhadap isu-isu semasa yang berlaku menerusi watak-watak lakonan mereka.


TEATER arahan pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah ini bukanlah secara mutlak mahu menceritakan tentang kisah tragedi pembunuhan Sultan Melaka, Sultan Alauddin yang mangkat kerana diracun orang ratusan tahun lalu.

Sebaliknya, teater berjudul 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun ini secara terus terang mahu mengetengahkan pelbagai sindiran dan kritikan terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam masyarakat ketika ini.

Kisah kemangkatan Sultan Alauddin yang dipaparkan pada penghujung teater ini hanyalah sekelumit cerita yang berperanan bagi menyokong insiden dua jam sebelum detik kemangkatan baginda itu ekoran hasad dengki orang di sekelilingnya.

Justeru, dua jam sebelum watak Sultan Alauddin lakonan Robani Hassan itu mangkat, pengisian teater ini lebih banyak dimuatkan dengan kisah keperibadian pelakon popular iaitu Maya Longoria yang digambarkan melakonkan pengisahan insiden di sebalik kemangkatan tersebut.

Faisal Tehrani selaku penulis naskhah ini antaranya, menggunakan watak seperti Maya Longoria yang merupakan seorang pelakon terkenal bagi melampiaskan pelbagai sindiran serta kritikan sosial yang dirasainya.

Maya Longoria digambarkan menghadapi pelbagai dilema serta krisis identiti dan sikap dalamannya yang buruk dan sering menjadi kudis di kalangan selebriti dalam usaha untuk mengabui mata masyarakat yang menyokong mereka selama ini.

Meskipun watak Maya Longoria merupakan seorang aktres tetapi Zack Idris tidak menghadapi masalah untuk melakonkan liuk lenggok lemah lembut yang melambangkan nilai kesopanan dan kewanitaan seorang wanita.

Dalam teater ini, Faisal mungkin mahu menjelaskan bahawa permasalahan dalaman termasuklah sikap hipokrasi yang banyak berlaku dalam dunia artis merupakan suatu kebiasaan demi menyesuaikan diri dengan dunia glamor yang mereka lalui.

Bukan setakat memaparkan sikap buruk golongan artis, sebaliknya banyak dialog yang dilontarkan oleh watak seperti Maya Longoria jelas menceritakan fenomena dan isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Contohnya, fenomena semakin ramai golongan lelaki lembut yang terbabit dalam kancah hubungan homoseksual dan juga percintaan songsang antara golongan ‘pengkid’ dengan kaum sejenis mereka yang menagih pengertian para penonton pada pementasan tersebut.

Tidak hairanlah, apabila butiran dialog yang meminta agar sesiapa yang dituduh melakukan liwat atau diliwat agar melakukan upacara bersumpah di dalam masjid bagi membersihkan nama mereka daripada menjadi mangsa fitnah, telah menagih penghayatan para penonton.

Malah, Auditorium Akademi Pengajian Islam, UM, tempat berlangsungnya pementasan teater tersebut diiringi hilai ketawa para penonton yang mungkin cuba mengaitkan dailog sinis seperti itu dengan beberapa peristiwa semasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Selepas puas melontarkan pelbagai kritikan dan sindirannya menerusi 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun, barulah naskhah ini memaparkan klimaks ‘yang bersandarkan kepada judul hakiki’ teater tersebut.

Pengakhiran cerita teater yang dipersembahkan oleh Akademi Sinema Amatur Malaysia ini memaparkan saat-saat kemangkatan Sultan Alauddin di samping permaisuri baginda di mana kedua-dua watak itu dilakonkan oleh pelakon terkenal, termasuklah lakonan Maya Longoria sendiri.

Pengisahan klimaks itu tidak lama dan ia mengambil masa sekitar 10 minit sahaja berbanding dua jam pertama perjalanan teater ini yang mengisahkan sikap pelakon seperti Maya Longoria di mana ia sedikit sebanyak mewakili dunia hiburan yang penuh dengan hipokrasi!

Selain Zack Idris dan Robani Hassan, teater dengan durasi hampir dua jam ini turut dilakonkan oleh Meero Akungantaro, Emad Zainal, Rudy Bluehikari serta Dr. Abu Hassan Hasbullah sendiri.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , , , , ,

ROBANI (Sultan Alauddin) Banking On Lucky Four

By HARESH DEOL (September 29, 2008)

Robani (right) hopes to end his career on a positive note

Don’t expect to see national hurdler Robani Hassan in a Hari Raya blockbuster anytime soon.

Fresh from his theatre debut, the KL athlete has no interest in joining the likes of Jamaluddin Hassan or Rosyam Nor on screen just yet. In fact, Robani has a long way to go to join the ranks of sportsmen-turned actors such as ex-Chelsea player Vinnie Jones, erratic basketball star Dennis Rodman and former pro skateboarder Jason Lee, who’s now best known as Earl Hickey in My Name is Earl.

Robani played Sul tan Alauddin Ria’ayat Shah in a stage show entitled Sultan Alauddin which made its rounds earlier this month.

“Running still remains my first passion but who knows what could happen after next year,” said Robani.

“I could take up a movie offer!” he quipped.

Robani admitted life on the stage is ‘tiresome’ compared to hurdling around the track.

“The dialogue is the same but the mood of the actors and the crowd is different every night. Basically, every day is a different drama altogether,” said Robani, who hinted he may hang up his spikes next year.

“Yes, I have thought about quitting, maybe after next year. However, I’m still trying to improve my time.”

Despite being bugged with some minor injuries last year, things have been picking up steadily for the Cheras-based runner as he managed a personal best of 13.85s at the National Open in Bukit Jalil and won the gold medal at the Vietnam Open in July. However, his timing is still a far cry from the national record of 13.73s held by Nur Herman Majid since 1994.

Robani hopes to start the year with a bang by clinching his fourth consecutive gold medal at the Asean University Games this December.

“Four is an unlucky number for the Chinese community and I’m hoping it’ll be a lucky charm for me,” added Robani who is in his final semester in Business Administration at Putra Malaysia University .

“It’s not going to be easy as I’m recovering from several injuries — knee, ankle and back. I’ve resumed training two weeks ago after a short break.”

“The Laos Sea Games could be my last and I want to end it on a positive note.”

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Kritikan Laman Dunia Sastera – MINGGUAN WASILAH

Buat semua pemari, pengunjung, pembaca, pariwisatawan dan rakan-rakan nan budiman, Saya mohon atas nama peduli terhadap karya DUA JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN untuk membeli dan mendapatkan dengan segera MINGGUAN WASILAH dan baca tulisan oleh S M Zakhir, yang cukup menempatkan kritikan buat naskah wayang pentas ini, meski di sini ada cuplikan yang diambil dari situs Faisal Tehrani (huh: terima kasih ya Prabu atas prakarsa terpuji mentranskripsi tulisan dan harap terizin untuk ditebarkan…)

CUPLIKAN ASAL DARI NASKAH BLOG http://tehranifaisal.blogspot.com

Ulasan SM Zakir: 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun Sebuah ulasan teater termuat di Mingguan Wasilah, 21-27 September 08, tulisan orang kuat PENA.

“I believe that all the truly revolutionary theatrical groups should transfer to the people the means of production in the theater so that the people themselves may utilize them. The theater is a weapon, and it is the people who should wield it.”
-Augusto Boal, The Theater of the Oppressed

Augusto Boal yang memperkenalkan “Theater of the Oppressed” menggunakan teater sebagai senjata bagi mengkritik politik dan membangkitkan kesedaran rakyat. Boal seorang tokoh teater dunia yang lahir di Brazil dan merupakan lulusan dalam bidang sains. Tetapi Boal menceburi dunia teater yang ditanganinya dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran untuk berjuang mengkritik pemerintahan diktaktor tentera di Brazil. Boal menjadikan pentas teaternya sebagai forum orang-orang tertindas. Di samping memecahkan tradisi konvensional teater dengan ‘breaking the fourth wall’nya, Boal juga menterjemahkan fikiran dan emosi rakyat Brazil yang tertindas oleh ketidakadilan dan kezaliman pemerintah.

Sebuah teater yang dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 yang lalu mungkin bukanlah kelibat teater Boal secara per se, namun kemunculannya dengan strategi naratif yang kuat didokong oleh lakonan serta pemainan yang mengalunkan sebuah dramaturgy yang meyakinkan telah melahirkan ‘teater orang tertindas’ tersebut. Ternyata gabungan tenaga Faisal Tehrani dan Dr. Abu Hassan Hasbullah menghasilkan pementasan teater “2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun” (2jSSASD) dilihat cukup mantap dan terserlah. Lupakan sejenak “Theater of the Oppresion” Boal, dan lihat ‘teater orang tertindas’ dalam makna yang lain – sebetulnya dalam konteks Malaysia – sebuah konspirasi yang dipenuhi dengan intrique untuk meracun seorang Sultan yang sedang mula melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum dan syariat Islam. Seorang Sultan yang cuba memecahkan lingkaran politik yang dipenuhi oleh rasuah dan konspirasi.

Skrip yang kuat di tangan Faisal Tehrani dibawa dengan cukup teliti ke pentas oleh Dr. Abu Hassan. Permainan Maya Longoria (Zack Idris) yang menunggu untuk membawa watak Tun Senaja yang meracun suaminya Sultan Alauddin Riayat Syah di pentas membina dua lapisan lakon di sini. Satu lapisan lakon sebagai seorang Maya Longoria, artis yang penuh demanding, mengada-ngada dan menaruh hati kepada aktor lelakinya iaitu Azam yang bakal memainkan watak Sultan Alauddin. Sementara lapisan lakon yang kedua sebagai Tun Senaja, petualang konspirasi untuk membunuh Sultan Alauddin. Dua lapisan lakon ini juga berlaku kepada Azam (Robani Hassan); iaitu sebagai Azam aktor kacak yang egoistik dan sebagai Sultan Alauddin yang warak dan penuh ketokohan.

Dengan menggunakan tiga watak pembantu iaitu Zeful (Rudy), Rosma (Emad Zainal) dan Pengarah Hadhari (Meer Taro) pementasan “2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun” (2jSSASD) cukup untuk memberikan fokus yang jelas kepada persoalan yang dibawa. Faisal menyediakan sebuah skrip yang kuat berdasarkan dua edisi Sejarah Melayu iaitu edisi 1536 dan edisi 1612. Berdasarkan dua edisi karya agung Melayu ini, Faisal membina tafsirannya yang dalam terhadap sebab-akibat kematian Sultan Alauddin Riayat Syah. Kekuatan Faisal dalam memberikan raison d’etre menjadikan kisah ini sangat menarik. Namun skrip yang kompleks ini mungkin sukar untuk dibentuk di pentas jika tafsiran pengarahnya tidak menepati raison d’etre penulisnya.

Di sinilah, keupayaan Dr Abu Hassan yang mungkin membawa bentuk tafsiran pentasnya yang tersendiri berjaya mewujudkan suasana pentas yang cukup hidup. Penggunaan agit-prop seperti papan-papan slogan yang berkaitan situasi politik dan sosial semasa, menjelaskan rupa ‘teater orang tertindas’ dalam konteks Malaysia ini. Agit-prop adalah props pentas yang mencetuskan suasana pra-provokatif wujud secara humor tetapi penuh ironis. Slogan-slogan “Surah al-baqarah”, “bajet cipan”, “Muhabalah” “92 undi”, “…Pauh”, dan “Putrajaya” memperlihatkan peranan agit-prop dalam tubuh ironisnya. Bahkan ‘penggayaan’ Rosma yang terkedek-kedek seperti penguin itu juga boleh dikatakan sebahagian agit-prop hidup. Kemunculan Dr. Abu sendiri di atas pentas yang mengarah-arah Pengarah Hadhari memarahi para pelakonnya mewujudkan usaha yang disebut ‘breaking the fourth wall’. Gerak lakon ini memecahkan tembok halimunan antara pelakon dan dunia realiti di hadapan atau di belakang pentas dengan kewujudan persona realiti yang sepatutnya tidak masuk dalam dunia lakon atau dunia pentas tersebut.

Kemuncak atau kartasis dalam 2jSSASD muncul dalam babak akhir dialog antara Tun Senaja dan Sultan Alauddin. Dialog yang bertenaga daripada kedua-dua watak utama ini melontarkan persona yang jelas. Tun Senaja meracun suaminya sendiri, Sultan Alauddin kerana desakan politik untuk mempertahankan dinasti atau pengaruh golongan mamak dalam istana (kerajaan) Melaka. Dalam pada itu, kemuncak kepada keputusan Sultan Alauddin yang hendak menjadikan Melaka sebagai negara Islam yang berpaksi kepada syariat Islam secara menyeluruh dilihat akan memusnahkan amalan dan pengaruh pembesar yang dipenuhi dengan rasuah dan amal mungkar itu. Maka itu Tun Senaja yang disokong oleh pembesar-pembesar golongan mamak yang sedarah dengannya tiada pilihan lain selain daripada menghapuskan Sultan Alauddin dengan meracunnya secara sulit.

Babak akhir yang meremangkan roma ini bukan sahaja menutup permainan ironis sebelum ini tetapi ‘meletupkan’ suasana dengan peristiwa besar dalam sejarah kepimpinan kerajaan Melayu yang dipenuhi dengan rasuah dan konspirasi politik. Peristiwa besar ini pada hakikatnya berlaku pada zaman kerajaan Melayu Melaka beberapa ratus tahun yang lepas. Namun persoalannya adalah persoalan sejagat yang hadir pada sepanjang zaman. Bagaimana perlakuan rasuah dan konspirasi itu sentiasa mungkin untuk ‘membunuh’ pemimpin yang berjuang untuk keadilan.

Faisal Tehrani dan Dr. Abu Hassan Hasbullah ternyata sama sekali bukanlah tokoh besar dalam sosok dunia teater hiburan yang bermuzikal dan bertelanjangan dada pada hari ini, tetapi dua nama ini adalah sosok besar dalam dunia teater pemikiran yang lebih mementingkan makna daripada bentuk. Kehadiran dua tokoh muda ini amat berpotensi untuk membina aliran teater yang kuat setelah mundurnya teater Melayu generasi muda dalam bilik kosong yang dipenuhi hampas dan sarap sexual revolution. Dunia teater yang menantikan tokoh seperti Nordin Hassan, Syed Alwi, Rahim Razali, Dinsman, Johan Jaffar dan sebagainya yang sentiasa membawa khalayak berfikir mungkin boleh mengharapkan kemunculan Faisal dan Dr Abu Hassan sebagai pengubatnya.

Seusai persembahan 2jSSASD, terlintas di hati betapa jika teater ini diangkat menjadi sebuah filem. Tentunya ia akan menjadi sehebat The Curse of Golden Flower di tangan Zhan Yimou jika tidak pun The Emporer and The Assassin di tangan Chen Kaige. Selamanya kita mengharap sebuah visual pentas atau skrin yang hebat ditangani dengan penuh intelektualisme yang berpaksikan keperibadian yang paling asli dan perkasa. Sultan Alauddin Riayat Syah adalah tipa kepada protaganis Melayu yang tulen, dan Faisal dan Dr. Abu menemukannya dengan khalayak dalam ‘teater orang tertindas’ mereka. Ia bukan sahaja satu penemuan yang menakjubkan bagi sebuah kesedaran rakyat tetapi ironis yang cukup ‘menyakitkan’ bagi pemimpin-pemimpin politik Melayu.

—————————————- SILA BELI MINGGUAN WASILAH!

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Kepustakaan 19 – Pedang Berbisa

Faisal Tehrani mengutuk Pak Lah ke Anwar dalam teater arahannya ?

blog beliau di s.i.n.i

Meracun, adalah cara paling klasik untuk membunuh manusia hebat. Cara paling kejam untuk menghabiskan manusia super dan supra. Racun, kadang-kala memang tidak disedari. Ia boleh sahaja muncul dengan mempercayai orang yang tidak wajar dipercayai. Atau memberi terlalu banyak kepada orang yang tidak wajar diberi meski sedikit.

Begitulah caranya Sultan Alauddin, seorang pemimpin ulung dikhianati. Dan kemudian dibunuh oleh isterinya sendiri. Tun Senaja itu racun sebenarnya.

Tiga lapis teks. Biasanya orang yang datang mendapat dua lapisan. Yang satu lagi memerlukan renungan.

Kata kuncinya: Racun. Tuhan, Demi Tuhan Kaabah – setelah rakyat merelakan Sultan Alauddin syahid – akan jadi apakah Melaka di bawah kuasa liberal-pragmatik kumpulan multi-rasial yang dipimpin oleh Dato Bendahara dan Tun Senaja?

Jangan lupa, Sultan Mahmud Syah sebagai jaguh liberal-pragmatik inilah yang membuka pintu pasar Melaka kepada saudagar Portugis pimpinan Ruy de Araujo. Dalam masa sama; pura-puranya mencintai agama dihebahkan. Dan dari situlah Melaka jatuh ke tangan Nasrani.

Racun! bermula dengan Tun Senaja, sang racun yang terlalu diberi ruang dalam istana. Setelah dia berkuasa barulah rakyat Melaka menangisi kesalahan memberinya suara.

Pementasan ‘Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’.
Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
25-29 Ogos 2008, 8.15 malam (boleh solat maghrib di masjid APIUM yang amat hampir dengan auditorium)
RM 10 (untuk pelajar). RM 50, 30, 20 (untuk awam)
Mohd Robbani Hassan (atlet olahraga acara lompat berpagar 110M) dan; Zack (pelakon Johnny Bikin Filem) serta; ramai lain.

————————————————————————————-
Sudah jelas FT mengkritik Anwar bertubi tubi sebelum ini dengan menggunakan nama gelaran ‘orang itu’.. Kelembutan dalam berbicara pena menjadi senjata memikat khalayak menghadam mesejnya.
Pendapat saya ini satu medium baru penyampaian mesej seperti mana dijalankan waktu dahulu oleh Wali Sembilan / Songo di Indonesia… Melalui seni..
Saya dapat rasakan FT cuba menceritakan sejarah telah berlaku di mana waktu itu telah ada golongan liberal memberi ruang kepada kristianisasi dengan mesejnya Mulai saat itulah, ramai Melayu menjadi murtad “
Untuk lebih adil elok anda sendiri membacanya di blog asal beliau yang saya sudah linkkan di atas sekali.
Syabas saudara FT dan moga diberkati Allah !!!

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , , ,

Kepustakaan 18 – Pemikir 21

Malam Indah Sebelum Merdeka  

Saturday, August 30, 2008
Pada mulanya dalam dilema, antara hendak menghadiri Dialog AUKU di UIA Gombak atau mengubah rasa ke UM untuk menonton teater (malam terakhir pementasan). Tarikan di Gombak cukup mengujakan, dengan Salahuddin Ayub sebagai panelist jemputan. Di UM apa kurangnya, naskah Faisal Tehrani dipentaskan, maka siapa yang tidak terkesan?

Namun keputusan perlu dibuat juga, pilih satu antara dua, akhirnya ke Petaling Jaya juga kami malam semalam.

Forum di MPAT minggu lepas bertemakan AUKU , begitu juga ucapan dasar Tuan Presiden masih tidak terlepas daripada membicarakan AUKU sedikit sebanyak, di dada akhbar, entri-entri di blog, semuanya hangat bercakap soal AUKU. AUKU hendak dipinda, dibawa ke Parlimen..…dan kali ini masih mahu lagi mendengar tentang AUKU?? Oh…..

(Hidup kalau asyik dengan cerita politik, fakta penuh serius, ah siapa yang tidak bosan?)

Dari pentas auditorium Akademi Pengajian Islam UM kami bawakan, ‘2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’ (heh..poyo la pulak)

Foto-foto:

Orang ramai berpusu masuk. Biasalah malam terakhir kan.

Besar juga auditorium APIUM ni. Students UM pun ramai

Belum mula lagi

*Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Tak pandai tangkap gambar macam Radin.

‘Karakter’ dalam karakter:

Maya Longoria ( Altantuya dari Mongolia?)

Azam (Ezam?)

Coffee Boy a.k.a. Saiful (Hehe)

Rose a.k.a. Rosmah (Erk)

Tuan Pengarah

Sultan Alauddin Riayat Syah

Tun Senaja

Intipati

Tentang dunia artis/hiburan yang penuh gosip dan skandal, hubungan sulit dengan VIP/Menteri, isu falsafah akhlak dalam dunia perfileman turut disentuh.

Memperkenalkan watak dan kualiti yang ada pada Sultan Alauddin-bagaimana kebijaksanaan baginda Sultan dapat ‘dijual’ untuk iktibar pemimpin masa kini.

Ketidakseragaman fakta dalam dua versi Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang (versi 1536 dan 1612) yang memungkinkan teori berikutnya: Adakah Tun Seri Lanang mencampurkan antara fiksyen dan fakta/ melakukan pengubahsuaian dalam fakta sejarah demi mencapai cita-cita peribadinya?

Isu perebutan kuasa, pengaruh golongan tertentu dalam kepimpinan Sultan, dan pastinya konspirasi politik peringkat tertinggi menjadi tema utama karya ini.

Persoalan

Apakah Sultan Alauddin dan Raja Hussin yang terdapat dalam Sejarah Melayu versi 1536 merupakan orang yang sama?

Mengapakah Permaisuri Sultan Alauddin a.k.a. Tun Senaja memilih untuk meracun sendiri Sultan dan tidak menggunakan pembantu?

Kesimpulan

Demi melindungi kedaulatan Islam dan memastikan Islam dapat ditegakkan melalui pelaksanaan Hukum Kanun Melaka, baginda Sultan lebih rela tidak diberikan penawar lantas mengorbankan dirinya sendiri dan tidak termakan pujuk rayu Tun Senaja yang meminta bakal pewaris Sultan ditukarkan dengan calon pilihannya (dari keturunan mamak). Kerana apa? Kerana Permaisuri tidak rela akan Islam itu dijadikan oleh sekalian penduduk sebagai satu amalan dan didaulatkan di bumi Melaka, selain sifat tamak halobanya dan rakus akan harta. Maka sebab itulah saya kira mengapa tajuk karya ini ialah ‘2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’.

Komen

Kata Aimi:

Props sangatlah mendukacitakan. (mungkin)

Bayaran RM30 (harga awam) sepatutnya dah boleh tengok teater havoc di Istana Budaya (Erm tak tau nak kata sebab tak pernah ke Istana Budaya lagi)

Pelakon sangat cemerlang. (setuju!!)

Kata Saya:

Naskah ini agak berat, bukan mudah untuk dihadam. Maka penonton 18 tahun ke atas baru sesuai. Lagipun ada elemen yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja bawah umur (banyak cakap pasal liwat yang kata Aimi agak lucah dan keterlaluan)

Fifi dan Salihan bersama Abi Faisal. Hehe.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pementasan teater ini. Kepada peminat FT jangan lupa dapatkan buah tangan terbaru beliau ‘Saasatul Ibaad’ di pasaran sekarang.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Kepustakaan 17 – Mihrimah Maryam Angahyahyah

Tajuk : Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun
.
Tempat: Auditorium Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
.
Tarikh : 25 – 29 Aug 2008
.
Waktu : 8.15pm
.
Arahan : Dr Abu Hassan Hasbullah
.
Penulis skrip: Faisal Tehrani

sebelum..

dua jam sebelum dua jam sebelum sultan alauddin syahid diracun.
aku masih di tempat kerja. perasaan berbolak balik. kecamuk hati tidak tenteram lantaran keizinan daripada ibu masih belum diperoleh. alin berterusan memberi tekanan menanyakan persetujuan. sememangnya dia lebih teruja.
.
bukan aku tidak membutuhkan. bukan jua aku tiada terkinja2. karya encik penulis tersohor. masakan dengan mudah aku menutup sebelah mata sedangkan sepanjang desawarsa ini, buah tangan encik penulis tersohorlah yang paling banyak berbekas dalam jiwa aku. dan sememangnya aku lah orang yang mewarwarkan ke serata pelusuk alam nyata ehwal kewujudan pementasan tersebut. di setiap tempat yang aku pergi, pada setiap makhluk yang sempat berinteraksi, sememangnya pementasan inilah yang pasti terselit dalam perbualan. lama sebelum itu lagi. sebelum pasukan itu dianaktiri. sebelum pentas bertukar lokasi.
.
namun petang rabu itu aku benar2 serba salah. hendak diturut pasti mengudang kemarahan yang maha dahsyat. keadaaan tempat kerja bagaikan ribut dengan pelanggan bertali arus tanpa titik berhenti. sedangkan jika tidak menonton pada malam itu, pasti aku mati beragan kempunan untuk menyaksikannya kerana menghampiri hari minggu keadaan tempat kerja pasti bertambah sibuk. pasti sampai sudah aku tiada lagi punya kesempatan untuk meloloskan diri.
.
hanya ini harinya.
hari rabu.
25 syaaban 1429H.
.
syaaban, bulan yang penuh sejarah. dan pada hari itu, sejarah telah terpahat. sejarah aku meneruskan agenda derhaka. nasib baik tak jadi apa2.
.
hujan renyai. keadaan papan tanda dalam UM yang tidak mesra pengguna turut menyumbang kepada kelewatan. mungkinkah ini bahana sumpahan? mujur hujan itu telah melewatkan waktu pementasan. orang tak ramai. aku menggigil menghulur wang.
.
err.. apahal lu? kat situ sejuk la. aku pakai jeket pun rasa macam tak pakai apa2.. apa? ingat aku kedekut ke? setakat tiga puluh ringgit tu aku tak heran la.. hehe..

semasa..

dua jam sebelum sultan alauddin syahid diracun
.
watak maya longoria masuk. nadanya mendayu2 dan gerak tangannya seperti ular.
.
“apasal kena cakap nada mcm tu?” tanya alin.
.
“ntah..dah la menggelitik menggeliat tak sudah..” jawab ku.
.
“mengeliat sbb dia pompuan..”
.
tak sampai 5 minit pementasan, ternyata alin lebih cepat menangkap. atau aku yang sedikit lembab kerana belum mampu memberi tumpuan sepenuhnya.dialog2 sinis tentang gossip artis sesekali mencuit rasa. aku lebih menumpukan tentang beberapa takrifan tentang perkataan kafir dan betapa mudahnya maya mempermainkan perkataan ‘percaya’ berdasarkan al baqarah ayat 6.
.
budak kopi menyibuk itu lakonannya lebih mengesankan berbanding tuan pengarah yang cuba cakap utara tanpa dapat menyembunyikan lidah kelantannya. watak adam pun biasa2 saja. ada kalanya dia hilang fokus dan beberapa kali dialog tersekat. aku lebih menggemari watak rosmah. arghh.. watak lembut2 sebegitu sememangnya lebih menarik perhatian berbanding lelaki kekar sepeti adam.
.
sepanjang pementasan aku sedikit bosan. terasa seakan tertipu. aku mengharapkan teater ini diangkat dari novel nama beta sultan alauddin yang telah lama aku kunyah. telah aku hadam kehebatan baginda. sultan alauddin yang bersungguh dalam menegakkan agama Allah walaupun disegenap ruang berselirat duri tajam yang senantiasa sedia menusuk. aku impikan sebuah pementasan yang sarat dengan falsafah keadilan. penggunaa bahasa indah beserta lakonan mantap. aku impikan sebuah pementasan purba. ternyata aku tersilap masuk panggung. kesilapan yang sedikit mengecewakan.
.
tajuk patut diubah.. seharusnya berbunyi “dua jam sebelum PEMENTASAN sultan alauddin syahid diracun.” penggelapan satu perkataan itu telah mengakibatkan seluruh cerita menyimpang daripada tanggapan asal.
.
“aku bosan” alin mula merungut tatkala masuk babak rosmah dengan adam.

.
“bosan jugak.. sikit la”
.
“aku rasa teater ni abih sebaik sahaja depa masuk pentas sebenar”
.
“kalau betul, malam ni aku jadi manusia yang paling kecewa dengan faisal tehrani”
.
mujur ianya tak seburuk yang disangka. sebab tu Allah marah orang yang suka bersangka2.. cuba semak surah yunus ayat 36.
.
“dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

al fushshilat ayat 43,

.
“dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi.”
.
sebenarnya banyak lagi ayat yang Allah suruh kita cari BUKTI sebelum mempercayai sesuatu. apa ada pada sumpahan sesumpah jika tiada iringan bukti yang benar. sebab tu dalam saasatul ibaad ditekankan perihal peri pentingnya ilmu dalam menyemarakkan keimanan. tanpa ilmu yang benar, keimanan kita, kepercayaan dan keyakinan kita hanyalah ikutan semata. kenapa? tak percaya? tak percaya tu kafir tau.. cuba semak albaqarah ayat 6.. maya yang ajar aku.. hehe..
.
berbalik pada pementasan, ya.. mujur.. mujur ianya tidak seburuk yang disangka. babak akhir agak mengujakan. aku rasa babak ni la paling best dan mampu membuatkan aku sedikit puas dan mampu melupakan kepincangan2 yang lalu.
.
“pelakon terbaik?” aku menduga alin.
“budak bawak kopi.”
.
memang ekspresi budak tu mengesankan. dalam banyak2 sepanduk, aku tertarik dengan perkataan 92undi. patut tambah dengan jumlah undi rosak.. sememangnya dalam kerancuan politik antara pengaruh dan matlamat akhir aku sedikit gerun memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. tiada kepastian. menolak kemungkaran yang berakar dengan memilih sesuatu yang kurang memberi kemudharatan. atau bertenggek di atas pagar sambil terus menunggu perjuangan suci itu menang?
.
hmm… yang pasti aku pasrah menunggu..
.
“ hang?” tanya alin pula.
“senaja..”
” nombor 2?” tanya aku lagi.
“pengarah sebenar”
“sama..”
.
sama2 tersenyum mengingati adegan sebabak yang mengembalikan mood. apa2 pun, dengan budjet terhad, dengan pelakon amatur, dengan segala kekurangan dan tekanan yang dihadapi, pada aku teater ini berjaya melontarkan pandangan yang berani dan berbeza dari biasa. buat kesekian kalinya, aku tabik encik itu..
.
“sultan alauddin itu action oriented. cakap dan bikin. dia sendiri keluar menangkap pencuri. dia tak tunggu orang kata dia lembab.. “
.
siapa jua yang waras pastinya mengharapkan kemunculan sultan alauddin untuk memimpin negara pada waktu ini. teater ini hadir antara kehangatan P44, gelodak jiwa yang meledakkan semangat kemerdekaan tulen dan dalam kesyahduan menyambut ramadhan.
.
tiada lah aku ini punya akan kesabaran untuk menyaksikan pementasan pagoh yang diberitakan akan dipentaskan tahun hadapan.
.
kepada seluruh produksi, tahniah..
.

selepas..

tak sampai dua jam selepas dua jam sebelum sultan alauddin syahid diracun

“boleh mintak tandatangan..”
seorang pompuan comel berjeket hitam menyuakan naskah tunggu teduh dulu dan saasatul ibaad kepada encik penulis tersohor.
.
“boleh..mana pulak pen ni” encik itu tercari2. pompuan comel menghulurkan pen yang sememangnya disediakan lebih awal.
.
“saasatul ibaad ni apa” tanya pompuan penyibuk
“political player” jawab encik itu spontan.
.
“nama apa ye?” encik itu bertanya kepada pompuan comel.
“xx”
“oh. yang kat pesta buku tu kan?”
“err.. ingat lagi..”
.
“xxxxxx” encik itu mengeja nama pompuan comel dengan tepat dan betul. (semak detektif indigo ms32..) pompuan comel teruja. ternyata pompuan comel itu tak mampu berkata2. hilang segala matlamat untuk menanyakan pendapat encik itu tentang beberapa perkara.

“bodoh..” hanya itu yang pompuan penyibuk itu mampu katakan tatkala mereka beriringan pulang.

.
Sebenarnya sebelum bertemu encik itu, pompuan comel tu telah merangka beberapa soalan. pompuan comel ingin bertanyakan pendapat encik itu tentang fungsi diri dalam menegakkan agama Allah.. tentang janji2 Allah terhadap kemenangan islam seperti dalam surah attaubah ayat 33, tentang bumi yang dijanjikan Allah untuk dipusakai oleh orang2 soleh seperti dalam surah al anbiya ayat 105.
.
juga pompuan comel itu ingin mengetahui pendapat encik itu tentang kebangkitan islam. adakah kekal sebagai suatu sejarah? atau adakah akan muncul suatu gerakan bawah tanah menunggu masa untuk meletus seperti dalam 1511H kombat? adakah kita akan terus menanti kedatangan imam mahdi?
.
pada waktu ini, siapa bisa menyanggah bahawasanya bumi ini sedang ditadbir oleh orang2 yang zalim. penindasan di mana2. islam itu agama sejahtera. mengapa dalam negara islam sendiri fitnah berleluasa? masih berlaku huru hara akibat tangan manusia?
.
sesungguhnya encik itu telah mengetuk hati aku untuk mendampingi sesuatu yang amat berharga. membuatkan aku berfikir di luar ruang lingkup yang lebih luas daripada sebelumnya. islam bukan agama sekadar solat puasa dan berakhir dengan haji. (ayat ni aku jumpa dalam surat2 perempuan johor. dan kini aku sedang menekuni saasatul ibaad.) namun hingga kini aku masih tertanya. perjuangan yang dimaksudkan itu.. perjuangan yang bagaimana..
.
“hebat kan? dia boleh ingat nama aku..”
.
“nama hang tu yang pelik.. orang down sindrom pun boleh ingat..”
.
“bukan pelik.. unik.. hanya orang2 yang unik je boleh ingat..” hehe..

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Kepustakaan 16 – Masterpiece oleh Norziati

Mencari Leluhur



Menonton teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun di tengah-tengah kekalutan KL di landa hujan lebat, banjir kilat, kesesakan lalulintas dan kenderaan yang terperangkap, saya sebenarnya turut sama merasa resah gelisah, terperangkap dan sesak. Rasa insaf segera menjelma mengenangkan engetahuan diri sendiri terhadap sejarah Malayu itu amat kurang, terhad kepada apa yang di pelajari ketika sekolah dahulu (sudah tiga belas tahun berlalu!) juga bacaan sekali-sekala terhadap mana-mana artikel atau makalah yang saya temui. Selain dari itu, tiada. Malah, kecintaan terhadap naskhah lama seperti hikayat dan cerita klasik turut tiada. Boleh dikatakan saya tidak khatam sebarang hikayat, apatah lagi berpeluang membaca mahupun memilikinya. Saya cuma tahu nama hikayat, boleh menyenaraikan, boleh bercerita tentang isinya sedikit-sedikit, tetapi tidak tahu kisahnya secara keseluruhan. Mungkin inilah kesan dari membaca secara tebuk-tebuk, membaca tidak sepenuhnya lalu ilmu yang ada pun sekerat-sekerat. Saya baca apa yang saya temui dan tidak berusaha langsung untuk mencari atau memanjangkan bacaan.

Selepas menonton teater, selepas keluar dari auditorium dan ketika memandu, saya tenggelam dalam khayal. Saya perlu lebih membaca hikayat, menyelidik sejarah, meneliti khazanah karya lama dan mencari leluhur. Saya perlu kenal sejarah, supaya lebih mengenali diri sendiri juga jati diri sebenar.

Apa yang ada pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, apa yang berlaku pada Tun Teja, siapa itu Tun Senaja, betapa hebatnya Sultan Alauddin Riayat Syah, pengkhiatan, fitnah dan dengki mendengki sejak dulu hingga kini yang tiada henti perlu saya teliti dan kaji lebih dalam supaya lebih memahami isi tersirat.

Dua jam terperangkap dalam kesesakan sebelum 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun, dua jam di dalam auditorium yang penuh kegelisahan kerana kejahilan diri akan sejarah serta dua jam selepas teater kerana keinsafan adalah detik-detik menuju penghijrahan diri. Saya harus mencari leluhur!

Nota: leluhur adalah perkataan Jawa yang bermaksud nenek moyang. Rujuk Kamus Dewan edisi keempat, ms 914


Bandar Baru Bangi

12 Sept 2008

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Kepustakaan 15 – Fora Jahmujahadah

SATU:

Tuan Purnakarya, tak ada judul lagi panjang, kah?
Contohnya, kita beri sultan nama penuhnya…
“2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Riayat Syah Syahid Diracun”

atau kita tambah sikit lagi,
“2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Riayat Syah Syahid Diracun Di Pagoh”

atau sikit lagi,
“2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Riayat Syah Syahid Diracun Tun Senaja Di Pagoh”

atau…

“2 jam sebelum dsbg”, keterangan lanjut di:

http://asasinema.wordpress.com/

Sultan (dua dari kanan), memang tampak kesultanannya…

Macam nak pegi tiap-tiap malam…

DUA:

Ulasan ringkas:

Para pelakon mempunyai “chemistry” kuat…manakala, sang purnakarya dan sang purnasutra merupakan gandingan yang ampuh… dua-duanya sama “deep” dan “sort kreatif”… both are experimenters of possibilities…

There’s no limit to the imagination of true artistes with intuition and real knowledge…

TIGA:

“Kerja Faisal Tehrani memang gila-gila.”

At last, someone states
the obvious.

A long-time blogger, no less.
The actor who acted, no less…
http://www.bluehikari.com/nikki/?p=455

Raja Merlang yang cemerlang…

I should probably do a real review but Ramadan’s coming and I’m not about to spend time writing a review over a script that made me lose sleep, while my mind works unwinding all the different levels of text… and all night, all I could hear and see was “Sultan Alauddin”… the concept, that is, not the actor…

All the best in the future, tuan.
We’ve had the pleasure of merai’kan your return to theatre… how can it not be worth it?

Wassalam.

EMPAT:

Maklumat untuk pementasan seterusnya yang akan dianjurkan dalam tahun 2009:

https://pagoh.wordpress.com/

“2 Jam dsbg” ni dikira drama pra-drama “Pagoh”…

Interesting concept…

Wassalam.

LIMA:

Proses kreatif pementasan dari blog purnasutra yang uberkerennn…:

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/01/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-1/

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/02/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-2-2/

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/02/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-3/

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/04/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-4/

oh, dan tuan purnakarya, time kaceh tak pegi Paris pada saat-saat penting lagi genting untuk produksi, huhuhu…

wassalam.

ENAM:

Salam,

telefon bimbit kita memang kesayangan kita…

Dan mana tidaknya, kita gigibiru semuanya…
Pagi tu, adik LH sms tanya jangan tak jadi datang malam.. kita sedang gigibiru peta UM ke telefon 😀 Kita gigibiru juga peta jalan dalam di UM… yang kita terlupa nak gigibiru, tuan, ialah gambar auditorium UM, sebab tu, dah sampai, diri depan pun, tak perasan… sampai drebar teksi keluar dan tanya bebudak UM dan kita sempat pula tunjuk peta dalam telefon tu, hebat, kan telefon tu, heheh, mereka tengok kata betullah tu, kak, dah sampai, tapi, mana, ek… tak tau API ada auditorium, dewan kuliah utama, adalah…
(Kita memang lagi pikir, betuah punye bebudak, sekolah korang pun korang tak tahu… tak tahu ada sejarah yang takkan berulang-ulang sedang tercipta…)… Kita tepon adik LH lagik baik… Adik LH kata, hah, betullah tu, kak… masuk jelah…

Kata dayang-dayang yang ikut, bebudak UM memang kehairanan kenapa kami kat situ…

Kami nak curi poster, haha, tapi, tiap kali nak cabut, ada halangan, ni lah Tuhan tak kasi kami hilang berkat… ada sorang budak tu kata poster banyak, kak, tak ‘yah curi, nanti saya pegi amik tapi bila dia tanya pengarah, pengarah kata ada banyak! kat dalam ofis dia… aduhhhh… banyak kak, tapi jauh kalau saya nak pegi amik, kalau akak datang besok… kita nak jugak datang besok, tuan, tapi hari rabu tu kita dah mula keje semula… kita dah lah ponteng banyak kali sebab tragedi keluarga hari tu.. jadi, takkan nak ponteng lagik…

Ni lah kita sang pemalas nih… buat reviu tak mau, bikin certot mau…
Abeh, dah lah kompleks sangat teatre tu…
kalau reviu dan kupas, bila kita nak abes tules…

Mungkin, tules siket-siket kat dalam telefon bimbit kemudian gigibirukan?
Kita tengok, ah, macammana…

Wassalam.

TUJUH:

Salam,

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/06/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-5-3/

awwww, soooo shhhweeetttt…
Pengurus produksi mula jatuh cinta dengan sebenar-benar cinta kepada theatre kerana produksi ini…

Sang purnasutra, ada satu malam tu, kita sampai termimpi-mimpi, “MAYA, BE IN CHARACTER…”
buey hey hey hey…
(lalu teringat, bagaimana mahu dilempang saja Azam dan Maya sebab mimik muka eksyen dah “terrar” tak mahu dengar)…

Okey, malam ni, malam mood nak sentuh sikit tentang apa yang membuatkan sangpurnama, (penonton, hikhik), yang dari jauh ini merasa sangat tidak puas hati dan mahu menuntut sesuatu yang lebih dari Sultan.

Sultan sebagai Azam dalam keadaan moden sangat berjaya dan segalanya mengenai transformasi Azam kepada Sultan juga jaya dijayakan – dari segi suara, mimik muka (walaupun pada malam sangpurnama pergi, sedikit kakulah jugek), bahasa tubuh, tetapi ada suatu elemen yang kurang dan sangpurnama tidak tahu samada ianya disebabkan oleh sutraan sang purnasutra atau karyaan sang purnakarya…

Begini. Di akhir pementasan, sangpurnama tidak dapat menangkap perasaan Sultan Alauddin diracun. Sangpurnama tidak tahu apa yang membuat Sultan Alauddin meluahkan rasanya dengan penuh “anguish”. Apa sebenarnya yang di”anguish”kannya itu?

Kalau sangpurnama ada sewaktu latihan, akan sangpurnama tanyakan kepada Sultan – Apa perasaan kamu sewaktu diracun itu? Apa yang kamu “anguish”kan? Apa yang kamu mahu penonton rasakan?

Sebagai pencinta sejarah, sangpurnama mahu rasakan kehilangan. Kehilangan seorang raja pemimpin yang hebat. Jadi, di mana kehebatannya itu sewaktu syahidnya? Bagaimana menunjukkan kehebatannya? Apa yang hebat ketika syahidnya itu? Ia suatu cabaran tetapi lontaran kekata sultan harus kena tepat dengan emosi yang cuba disampaikannya itu. Sewaktu keluar pementasan, sangpurnama hanya mendapat
1. Sultan seolah-olah kesal diracun (tetapi apa yang dikesalkannya itu?)
dan
2. Sultan seolah-olah kesal diracun kerana akan mati
Sultan yang wara’ itu, takkanlah kesal menghadapi ajal?

Sangpurnama tidak merasakan kehilangan. Apa yang dirasakan ialah sultan sudah mati, jadi, mahu apa lagi? Selamat tinggal selamanya, Sultan! Too bad you died. It doesn’t matter you take away the whole civilisational potentiality of Islam with you with your passing.
Goodbye.

Mungkin teksnya yang perlu dilihat semula. Mungkin interpretasi teks dalam sutraan, mungkin juga, interpretasi teks dalam lakonan…

Wallahu’alam…

Sangpurnama hanya ada kritikan (major) untuk ini saja (yang minor boleh dibincangkan), mana ada kesempurnaan dalam segala sesuatu kerana yang Maha Sempurna hanya Dia…
Yang lain-lain, semuanya uberkerennn…
Seorang penonton sampai naik menyampah dengan watak “Rosmah” sehingga tidak mahu bertemu dengan pelakonnya pun… Menunjukkan kejayaan pelakon membawakan wataknya itu… walhal, dia juga tak kurang hensemnya dari sultan, kan? huhuhu… ya, ya, sangpurnakarya sudah umumkan dia akan berumahtangga selepas ‘Eid nanti… juga sudah umumkan yang sultan sudah berpunya… sibuk tentang orang laen, dia… bila nak umumkan tentang dirinya… penikmat semua sedang menanti berita baik itu… toksah sorok-sorok… kami penikmat yang matang dan memahami dan akan meredhai dan takkan boikot tak nak belik buku…

Oh ya, sang purnakarya, adakah “2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun” akan diterbitkan dalam bentuk buku?

Taklah. Sape nak pegi belik.

Wassalam.

LAPAN:

Salam,

Kisah proses sutraan purnasutra yang terus-terusan kerennnn banget-banget, ada muzik latar lagi sebagai mencipta ritma dan rentak…
Kisah proses bagaimana beliau membawa peribadi individu yang bermula hampir sifar sehingga berupaya mencipta ruang dan masa watak…

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/07/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-6/

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/08/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-7/

Kecuali Meero Akungantaro yang diakui oleh purnasutra sedikit susah dibentuk dan penonton dapat melihat sendiri bagaimana Meer “menahan” diri dari menzahir watak, peribadi-peribadi lain dengan cepat mencipta diri dalam ruang dan masa ini. Sangat tidak menghairankan dua peribadi pertama yang berjaya menemukan diri dalam diri ini adalah Zack Idris dan Rudy Bluehikari kerana ternyata mereka sangat selesa dengan dimensi ruang dan waktu baru mereka itu.

Begitu juga dengan Robani dan Emad. Seperkara yang menjadi perhatian, menukil dari artikel purnasutra itu:

“Stanislavsky (Alexeyev) wasn’t an artist, but a craftsman. His method is not an invention but a discovery of what was used from the beginning of time. “Psychological realism” makes sense because only feelings are the reality. The only material I, the spectator, can use — my own feelings, memories, experiences. So, Stanislavsky advises actor to do the same.”

Antara metode yang sering digunakan oleh S.K ketika mengarah teater amatur sekolah (juga baru-baru ini, ketika membimbing deklamasi puisi). Pernah S.K membimbing watak saat-saat akhir yang perlu menjadi ibu tiri sedangkan peribadi yang mengambil alih itu tidak pernah pun menjadi “understudy” pelakon utama dan pelakon utama tiba-tiba saja menghilang, beberapa minit sebelum pementasan… Nasib baik dialognya mudah… Tetapi, alhamdulillah, mendapat tepukan paling gemuruh kerna peribadi telah dapat memanggil penzahiran dari dalam dirinya sehingga penonton terpegun, tak sangka bleh berlakon gadis tu!…

S.K puas.
Tak malu untuk S.K katakan bahawa diri punya intuisi seni.
Tak malu. Tak malu langsung 😀

Sewaktu transformasi Azam kepada Sultan Alauddin, ada dua perkara yang bermain dalam otak S.K:
1. Dia kelihatan “anguish” kerana diracun.
2. Dia “anguish” kerana dia sedih diracun isteri.
(Di sini, kita boleh kaitkan dengan babak-babak Azam melayani temanitanya yang main kayu tiga, empat tetapi, S.K tak mahu kupas bab tu… tesis anti-tesis, dan sebagainya… masih malas nak kupas kaitan meta-kaitan dalam teks… sorrriii… purnakarya, lapis teks mengalahkan apa jua jenis kuih lapis…)…

Soalan seterus S.K ialah mengapa dia sedih banget? Mengapa “sedih” yang di”panggil” oleh peribadi pembawa watak?
Sewaktu pementasan lagi, S.K sudah merasakan bahawa “to conjure up the emotion to meet the complexity and intensity of the scene is beyond his inner self”. Perkara yang bermain dalam otak sesudah pementasan ialah “haibah” kesultanan ialah suatu yang asing bagi peribadi… bagaimana untuk “conjure” my own feelings, memories, experiences.
Ia pasti menuntut suatu yang lebih.

Oleh itu, perlu ada metode yang lain untuk membantu Robani “conjure up” sesuatu yang tidak mungkin dalam realiti kehidupannya.

Selain dari “Psychological realism” yang menggunakan kekuatan realiti kehidupan, bukankan akal mempunyai kekuatan imaginasi dan visualisasi? Tak pasti jargon teaternya apa…

S.K teruja untuk mendalami aspek-aspek teater secara akademik jadinya…

Wallahu’alam…

Ya, beginilah S.K menonton teater. Otak bergerak beberapa peringkat.
Ini baru watak Robani… Belum lagi teks yang dibawanya :p Belum lagi pelakon lain. Belum lagi premis keseluruhan pementasan, yakni, timun yang tertindas (penyek dek durian)… kerana S.K menganggap apa yang purnakarya katakan bahawa hanya coffeeboy yang terang-terang penyelamat dan membawa simbol timun adalah interpretasi yang sedikit sempit kerana di dua peringkat
1. apabila purnasutra mengarah pengarah
2. apabila purnasutra mengarah Maya dan Azam supaya “be in character”
secara tersirat mempunyai elemen timun itu, malahan, keseluruhan pementasan harus diinterpretasikan dengan elemen teater timun tertindas (dek durian itu)… Dalam hal ini, purnasutra dengan teater oghe baruhnya pasti setuju…

Oh yah, sewaktu purnasutra muncul untuk mengajar “pengarah hadhari” membentuk para pelakon di bawah tangannya, S.K mendapat kejutan manis kerana setelah melayari blog purnasutra untuk beberapa waktu, dapat pula melihat susuknya di atas pentas berlakon dengan begitu bersahaja… menemukan persamaan antaranya dengan purnakarya yang sama serius dalam bidang tetapi tidak pernah lupa untuk membenarkan diri mentertawakan diri sendiri atau orang lain mentertawakan dirinya tanpa terasa diri diejek dan direndahkan. Selesa dengan diri sendiri.
Serius dalam humor. Humor dalam serius.

Gandingan ampuh betul.

Lain kali, S.K akan mahu jumpa purnasutra… Tunggu “Pagoh”
(Jom, sangpurnasutra, let’s go have coffee when next we are in KL… me and my anakdidik along, lah… They’ll be mentally enriched, I’m sure… why do I feel like curtseying, suddenly??? LOL…)

http://paripurna.wordpress.com (Cuplikan dari John Elsom, Stanilavsky on the Home Ground):
Theatre like everything else is about CONTROL and as every power it starts with the power over yourself. Actor is a master of his own moods! He is happy, when he commands himself to be happy. He is angry when he willing so. He is a creator of his feelings!
What a picture! What a spectacle to watch!

How sooo true… I love watching that transformation, too… Nasib baik dapat peluang melihat transformasi Azam kepada Sultan dalam teater ini… LOVE watching it… It’s one of the highlights of the pementasan for me… Masih terbayang-bayang sang sultan 😀
(I tink it’d be great to watch you direct and learn, sangpurnasutra… My darah Arab seni side calls out to me… errr, I have a nomadic Arab side that calls out often, too, but won’t talk about that, no money no talk, orang kata…)…

and lastly, theatre just like life is about CONTROL.

Thanks, sangpurnasutra… Wonderful Ramadan reminder, subhanaAllah…

Wassalam.

SEMBILAN:

Salam,

Teringat dari hikayat 7:
“Saya mahu setiap dari pelakon menjadi pelajar lakonan, bukannya seseorang yang tampil dengan kepercayaan bahawa mereka sudah itu, dan sudah ini.”

Macam nak pegi interviu para pelakon lah pulak, pasca teater, apa pengalaman bekerja dengan purnasutra… kalau purnakarya bedah karya, rasanya kita dah tahu, kot, baca blog-blog mereka yang pernah kena bedah karya olehnya…
Apa rasa peribadi dibedah diri oleh purnasutra? Hmmmm…

Terus-terusan respek…

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/09/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-8/

Pengurusan bentuk, hati, tatadiri, tatabudi.
Pengurusan yang sangat halus dan seni.

Titik temu antara makna dan bentuk.
Titik temu antara bentuk luaran dan bentuk dalam sehingga melahirkan makna luaran yang membentuk kembali makna dalaman.

Dengan ini, sejujurnya, kita kira bahawa Meero juga sebenarnya telah menemukan. Tetapi masanya terlalu singkat, yakni, hanya dua, tiga minggu untuknya belajar berani berkongsi pertemuannya. Masa yang singkat tidak cukup buat peribadi ini untuk mentafakkurkan pertemuannya… dan menzahirkannya…

Ya, bukankah setiap peribadi perkembangannya berbeza-beza kedalamannya, kejauhannya, keluasannya, intensitinya, kompleksitinya? Jadi, jangkawaktu yang diperlukan untuk penerokaan daerah yang mempunyai atmosfera, ruang, masa baru di atas graviti baru juga seharusnya berbeza… Meero mungkin perlukan sedikit lagi waktu…

(Mungkin juga, dia perlukan sentuhan berbeza supaya dapat melihat papantanda menuju kutub emosi…)…

Kita dapat bayangkan pementasan seterusnya buat Meero… memandangkan dia telah diberi peluang menjelajah daerah baru ini… pernah belajar mengkhayali, mereka, mencipta dunia diri baru ini…. bermakna, sudah ada benih daerah diri yang telah disemai yang memerlukan masa untuk proses “gestation”, bisa saja meletup bak bunga api bila tiba saatnya nanti… itupun sekiranya dia memberi peluang dirinya untuk kembali meneroka proses pendaerahan diri ini…

– purnasutra, Hikayat 8:
“tentunya sebuah penghidupan tidak akan berhenti saat malam tamatnya pementasan, tetapi kejadian penghidupan itu baru terjadi. Benar.”

BENAR SEKALI.

Oh yah, tuan purnakarya, Robani tak boleh jadi Sazli… Kamil Zahidi mungkin. Sazli tidak boleh terlalu hensem!!! XD

TTD dipandu makna, bukan?
Yang bermakna, walau tak berbentuk, tetap menemukan cinta, bukan?

“Profundity in interior is precursor to beauty at exterior”?

Ya, kita mahu percaya begitulah, kan?

Wallahu’alam…

Wassalam.
(PS: Have I mentioned how much you are appreciated for giving Paris a miss, monsieur? I am extremely sure it helped boost the morale and the spirit of every single one of them in the production – having both purnasutra and purnakarya together in the whole month of pain and pleasure… but especially, during the nights when the show had to go on in less than ideal conditions… The team spirit prevails in the sacrifice!
PPS: Macam laju je jari menaip dalam bulan Ramadan ni…)

SEPULUH:

Salam,

Purnasutra di RTM 1 pada Malam Juma’at yang lalu!
Kita terjerit kecil, saja aja nak drama, sampai ahli keluarga tertanya. Mestilah excited sikit… Baca blog dia hari-hari lah…
Tangan dia tak bleh diam, punya “nyawa” sendiri… macam pelakon jugak, haha…

Lepas tu, kannn… Purnakarya pulak muncul keesokan malamnya, jam 10 malam! Woohoo!!! Teka sape penulis skrip? Sang Purnasutra! buey hey hey…
Minggu yang sangat menarik jadinya… Purnasutra dan purnakarya muncul di kaca tevisyen!

Seronok, kan???

(Tapi, ape hal, seyyy, Rosyam Nor cuma banyak tanya mufti… tu bukan ruangan agama, kan? Dia tak suka purnakarya, lah, sebab purnakarya tak suka lakonan dia yang stylised, huhuhu… Purnakarya, lain kali, maintain senyum… maintain “koolll” aje… Plus, gimana “ketauhidan” itu nak tumbuh jika tiada didikan… pembudayaan bermula dengan didikan bukan? Isy…)

Apapun, purnasutra yang terus menduga kita dengan pengurusan bentuk yang nampaknya syumul…

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/11/naskah-pun-menjadi-hikayat-siri-9/

Pertama-tama sekali, purnasutra, 2 JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN sudah tentu masih basah walapun angin dan mentari menjalankan tugas fungsi dengan sebaik-baiknya kerna segalanya mengenai karya tersangat luar tabi’i, hehe…

Kedua-dua sekali, pengurusan terakhir ini adalah pengurusan bentuk yang sangat kita suka 🙂

al-basyar, an-nafs, dan ar-ruh

Waduh.
Berat tuh, sang purnasutra!!!

Bukan hanya mengurus teks, kamu nih… bukan hanya “mengarah” pementasan…
Tetapi pengarah yang mengurus…

1. Susuk = Optima.
2. Ruang, waktu, graviti = unik tersendiri. individualistik.
3. Bentuk
4. Kutub emosi
5. al-basyar, an-nafs, dan ar-ruh = dalam keberadaan…

Boleh jadi puisi, hmmm… ingat nak buat spontan, tak moh, lah, buat khas untuk pementasan… boleh sekaligus jadi untuk Projek Puisi Pemikir Islam…

Bolehlah dirumuskan bahawa kerana pengurusan yang sedemikian menyeluruh dan holistik dan syumul… dan disokong oleh purnakarya yang tinggi semangat juangnya itu sehingga berkorban tidak pergi Paris, kerana itu, dalamasa dua, tiga minggu saja, peribadi-peribadi berjaya membentuk pada malam pertama…

– walau Sultan nampak jugak “nervous”nya dan terlupa-lupa dialog, mungkin sebab, dia terpandang-padang dari tepi mata sang purnakarya pegang teks, haha, (jeles, lah, sang purnakarya, sebab nak pegang teks tu ‘gak… nak, nak, NAK ‘gak… ehem…) tapi segala daerah lakon manusia Azam sangat semulajadi…

Makanya, dapatlah kita bayangkan begini…

4 peribadi.
4 Susuk individu.
4 diri insani bernama.
Pemikiran berparadigma
tentang siapa mereka
Dibawa menjelajah daerah lakon…
Cari. Ruang. Waktu. Graviti.
Buka lapis teks. Satu per satu per satu.

Perlahan-lahan,
mereka
bukan lagi
4 peribadi
4 susuk individu
4 diri insani
kerana ada paradigma baru
mereka dalam keberadaan yang
saling bergantungan
dalam ruang waktu graviti baru
yang terwujud hanya
gerak teks dan subteks!

Sangat luarbiasa, purnasutra… sangat luarbiasa, purnasutra dan purnakarya ditemukan sebegitu…

http://paripurna.wordpress.com/2008/09/12/naskah-pun-menjadi-hikayat-bertemu-di-pagoh/

Tak sabar… sangat tak sabar…

Mudah-mudahan, dikurniakan olehNya untuk bersama purnakarya dan purnasutra sekali lagi…
Mudah-mudahan, dapat ambil cuti panjang sedikit…
Mudah-mudahan, Tuhan sayang kita semua, termasuk semua yang membaca coretan-coretan ini…

Wassalam…

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Kritikan Dari Situs Nasriah Abdul Salam

2 JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN – Dari Pandangan Jujur Penonton Biasa yang Duduk Di Kerusi Hadapan

Cuplikan dari UJANA NASRIAH ABDUL SALAM


Sudah terlalu lama saya tidak menulis resensi dalam blog ini. Sebelum pulang cuti pertengahan semester beberapa minggu lalu, saya berkesempatan menonton teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun, karya Faisal Tehrani dan arahan Dr. Abu Hassan Hasbullah di Auditorium Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

 

Saya bukan orang sastera tulen, mahupun orang yang bergiat aktif dalam penulisan skrip pentas, bahkan jauh sekali bergelar orang teater. Oleh itu, entri ini ditulis berdasarkan pemerhatian saya sebagai penonton biasa yang duduk di kerusi paling hadapan dalam auditorium. Secara ringkasnya dan secara jujurnya, tulisan ini dicatat melalui pemerhatian saya terhadap dua perkara, iaitu i) pemerhatian terhadap teks atau skripnya ii) lakonan dan pelakonnya.

 

Pernah dengar atau menonton ‘cerita dalam cerita?’ Ya, begitulah perjalanan teater ini biarpun sangkaan awal saya, teater ini akan bergerak sebagai sebuah cerita mengenai pembunuhan Sultan Alauddin semata-mata. Rupanya tidak, teater ini dimulai dengan monolog-monolog panjang sebelum ‘kemuncaknya dan kesudahannya’ berpadu menjadi satu dalam babak perbualan dendam Tun Senaja dan dialog-dialog menyentuh hati Sultan Alauddin yang mewaraskan tindakan pentadbirannya di Melaka dalam ‘nazak’ melawan racun yang sudah menguasai perjalanan darah baginda. (sungguh, saya sukar lupakan dialog baginda kepada Tun Senaja dalam nafas yang mulai sesak dan separuh merayu; “hulurkanlah penawar itu, dinda.”)  – dan, sungguh, hati Tun Senaja terlalu keras kerana sanggup melihat suaminya mangkat perlahan-lahan di depan mata sendiri biarpun Sultan Alauddin (dalam dialognya) berharapkan agar Tuhan mengampunkan dosa permaisurinya itu. (Ini antara dialog dan babak yang buat saya termenung dalam perjalanan pulang ke UIA dan kuat ’meracau-racau’ dalam ingatan.)

 

Disebabkan perjalanan tetater ini ialah ‘cerita dalam cerita’ maka ada pelakon yang memegang lebih daripada satu watak. Misalnya, dalam ‘dunia realiti,’ Robani Hassan memegang watak Azam (iaitu seorang pelakon teater dalam babak-babak monolog) dan dalam masa yang sama turut berperanan sebagai Sultan Alauddin dalam teater yang diarahkan oleh Pengarah Hadhari (Meero Akungantaro).

 

Dari segi persembahan teks/skrip, (pada pandangan penonton biasa seperti saya), beberapa skrip dalam babak-babak tertentu ‘bergerak’ sedikit cepat sehinggakan saya sedikit ketinggalan dalam mendengar, menonton dan dalam masa yang sama berfikir. Misalnya, ketika Azam (Robani Hassan) berbicara mengenai kemungkinan wujudnya elemen favoritism dalam penulisan Sejarah Melayu (dalam babak kedua teater, seingat saya), dan skrip yang ditulis turut membanding penulisan sejarah dengan menyebut tahun-tahun tertentu seolah-olah memberi ‘kuliah’ sejarah – penaakulan saya sedikit ketinggalan ketika itu. Rugi sekali, kerana pada saya, dialog itu merupakan satu suntikan penting yang wajar diingati oleh penonton, atau setidak-tidaknya boleh memberi sedikit input untuk difikirkan oleh penonton. (atau selebihnya membuat rujukan dan penyelidikan lanjut tentang itu).

 

Oleh itu, pada pendapat saya, menjadi satu ‘keuntungan’ pada pihak penonton andainya dialog atau babak yang ‘mempersoalkan’ penulisan Sejarah Melayu itu berdiri dengan sendiri dan berjalan dengan perlahan dalam satu babak berasingan. Misalnya, mungkin boleh diwujudkan satu babak di mana penulis skrip sedang membuat penyelidikan, menyelongkar maklumat itu dan ini dan berbincang dengan rakan penulisnya bagi mencipta skrip 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Dan dalam babak ini, pelakon (yang melakonkan watak penulis skrip teater) boleh tampilkan perbincangan dan membandingkan itu-ini, dan saya kira perjalanan lakonan yang sedikit perlahan (berbanding cara Azam menyampaikan ‘syarahan’ pendeknya) lebih membuka peluang untuk penonton memperbandingkan input yang disampaikan melalui dialog, dan dalam waktu yang sama juga turut berfikir. (hal ini tentu tidak penting andai lakonan boleh diundur dan dimainkan semula seperti VCD)

 

Andai ada babak ‘perbincangan’ antara Azam (Robani Hassan) atau Maya (Zack Idris) dengan tukang busana misalnya, kenapa babak ‘perbincangan’ penulis skrip tidak boleh diadakan. Bahkan, mungkin lebih menarik kiranya penulis skrip teater ini (Faisal Tehrani sendiri) turut muncul dalam babak tersebut. Juga, saya kira tidak janggal, kerana pengarah teater ini sendiri (Dr Abu Hassan Hasbullah) turut muncul ‘menegur’ kredibiliti atau cara pengarahan Pengarah Hadhari. – ditegaskan, ini sekadar pandangan peribadi saya.

 

Menonton teater ini, saya sedikit ‘terganggu’ dengan babak/dialog yang kerap menyinggul keadaan politik tanah air biarpun ada antaranya yang releven. Bahkan, saya jadi ‘kurang selesa’ apabila ketika asyik memerhati dan mendengar dialog-dialog yang bernas berisi tetapi dalam masa yang sama terganggu dengan kehadiran watak yang membawa kelucuan. Antara serius mendengar dan berfikir tetapi dalam masa yang sama ada sesuatu yang mencuit hati menjadi ‘gangguan’ terhadap tumpuan, nyata sekali merimaskan dan apa yang saya fikirkan sebentar tadi entah melayang ke mana-mana. Humor ada ketikanya diperlukan, namun selitan beberapa babak ‘komedi’ yang tertentu yang kerap menyinggung dengan perlakuan (bukan skrip) seolah-olah menjadi ‘gula’ yang tidak memaniskan. (yang ini saya tidak mahu ulas panjang).

 

Dari segi lakonan yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakonnya, saya kira semua watak dihidupkan hampir sempurna. Rudy Bluehikari, misalnya, membawa watak yang ‘menakutkan’ hingga saya bisik pada Ghafirah, “kalau orang yang cegil mata sebegini yang aku jumpa di luar, tentu aku tak buang masa untuk menjerit tapi terus pecut lari.” Juga, watak pembantu di lokasi sebagai orang yang dibuli (dan saya menambah, turut diganggu dari segi seksual) begitu-begitu berjaya. Anda begitu berjaya meraih simpati ketika Azam minta dibelikan rokok dan teh tarik, dan dalam masa yang sama berjaya bikin kami ‘menyampah’ pada Azam biarpun kami sebagai penonton masih tergelak-gelakkan ‘kenaifan’ anda.

 

Juga, watak Azam (Robani Hassan) sebagai pelakon teater yang ‘kerek’ sempat ‘meloyakan’ dan ‘dimuntahi’ oleh saya dalam hati, terutamanya bab anda memarahi teman wanita dan kemudian memujuk teman wanita melalui telefon – namun, itu sebenarnya satu pujian kerana ini membuktikan lakonan anda berjaya ‘dikeji’ oleh kami di barisan hadapan. Juga watak Sultan Alauddin berjaya dihidupkan dengan baik, terutamanya apabila dialog “Demi Tuhan Kaabah” diseru berkali-kali sempat meremangkan roma. (Tahniah, peralihan daripada persembahan di atas trek ke persembahan di pentas nyata sekali tidak janggal).

 

Namun, watak yang dibawakan oleh Zack Idris (sebagai Maya) tidak begitu menyerlah, dan saya kira Maya perlu lebih ‘gemalai’ sesuai dengan watak ‘gediknya’ yang menghadapi gosip itu-ini sebagaimana yang dilaporkan dalam majalah (dalam teater itu). Biarpun begitu, ini bukanlah satu ‘kecacatan’ besar memandangkan watak Maya dilakonkan oleh orang lelaki, (pendekatan yang sangat waras oleh penulis skrip dan pengarahnya, yang ini saya puji!) dan barangkali, pelakonnya boleh buang misai untuk memegang watak-watak perempuan dalam teater lain pada masa hadapan. Pun begitu, watak Tun Senaja ‘hidup’ dan ‘tidak cacat’ dalam sandangan anda yang melakonkan watak bertentangan dengan gender sendiri!

 

Pengarah Hadhari, sejak awal beliau dipentas saya rasakan beliau ‘cool’ dan tidak begitu menonjol sebagai pengarah teater. Namun, kehadiran mengejut Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai pengarah teater ini seakan-akan ‘membaiki’ kredibiliti Pengarah Hadhari dalam kerjayanya dan ini seolah-olah membuatkan saya ‘memafkan’ anda. Bahagian ini begitu unik – tahniah Dr Abu Hassan Hasbullah, yang mengarah pelakon-pelakonnya supaya “be in character!”

 

Keseluruhannya?

 

Cukuplah andai saya katakan, saya masih mahu beri ‘A’ untuk teater ini.  

 

Tahniah buat penulis skrip, tahniah buat pengarah, tahniah buat pelakon-pelakon, dan tahniah juga buat penonton.

 

Kata Azam dan Maya kepada tukang busana (watak Rosmah) dalam dua babak berasingan: Hei, engkau tak berasa hairan ke, kenapa seorang permaisuri sanggup meracuni suami sendiri? kenapa bukan orang lain? (renung-renungkan…)

 

 

* Maaf andai ada dialog yang dipetik bukan seperti skrip asal memandangkan saya hanya mencatat dalam ingatan kerana tidak mahu mengganggu diri sendiri mencatatnya di buku sepanjang menonton.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , , ,

« Older entries